Wednesday, December 4, 2013

Kesihatan Kolon



Kolon adalah usus besar yang amat penting dalam menentukan kesihatan badan kita. Ini kerana, kolon yang kotor adalah punca pelbagai penyakit.

Kolon yang tersumbat atau sembelit akan menjadi "sarang" pembiakan bakteria yang akan menghasilkan toksin yang boleh membawa kemudaratan kepada kita. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah ini akan berkembang sehingga menyebabkan terjadinya penyaki-penyakit kronik yang memusnahkan kualiti kehidupan kita.

Dr. John Harvey Kellogg (1852-1943), (pencipta Kellogg's Corn Flakes) iaitu pakar penjagaan kesihatan kolon meyatakan bahawa 90% penyakit moden hari ini berpunca daripada kolon yang sakit dan kotor. Pakar pemakanan daripada US, Dr. Bernard Jensen menyokong kenyataan ini dengan mengandaikan kolon sebagai sebuah lori najis yang apabila tidak dibersihkan, ia akan membusuk dan membahayakan seluruh kawasan persekitarannya.

Oleh sebab itu Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad)

Sumber: http://www.cuerpohumano.info/2011/02/colon.html

Mengapa kolon tersumbat?

Gaya hidup serba moden masyarakat hari ini menyebabkan kita telah mengamalkan corak kehidupan tidak sihat tanpa kita sedari yang akhirnya menyebabkan kolon kita tersumbat. Antara amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut:



  • Diet tidak seimbang
  • Kekurangan serat dalam diet harian
  • Budaya makanan segera
  • Kurang minum air kosong
  • Kurang senaman
  • Stress
  • Ubat-ubatan


Sumber: http://www.wellhellopretty.com/2013/09/the-good-bad-and-colon.html


Sumber: http://www.templeofwellness.com/constipation.html

Bagaimana anda boleh meracuni badan anda sendiri (Autointoksifikasi)

Kolon yang tersumbat akan dipenuhi dengan bahan buangan sisa penghadaman, kerak najis lapuk, sisa lendir lemak dan protein tidak hadam juga pelbagai jenis bakteria yang melakukan aktiviti penapaian dan pembusukan ke atas bahan buangan dalam kolon ini.

Selain daripada itu terdapat juga parasit dan cacing yang akan menggunakan sisa penghadaman yang tersumbat ini sebagai sumber menghasilkan makanan mereka. Hasil proses penapaian sisa buangan ini akan menghasilkan pelbagai bahan-bahan yang bertoksik, gas-gas busuk dalam sistem kolon.

Dalam simposium keracunan kolon yang diadakan di Britain tidak lama dahulu, pakar-pakar kesihatan kolon bersepakat menyatakan bahawa terdapat lebih 36 jenis bahan bertoksin hasil daripada penapaian kumpulan mikroorganisma di kolon yang sangat merbahaya walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Hasil penapaian beracun ini akan diserap semula ke aliran darah di kolon dan akan dihantar ke hati. Fungsi hati juga merangkumi penyingkiran bahan-bahan kumuh (detoksifikasi). Dengan sejumlah toksin dan alirannya yang berterusan ke hati, lama kelamaan hati juga akan mengalami kesesakan bahan toksin tersebut sehinggakan akan dilepaskan kembali ke aliran darah.

Apabila sampai ke jantung, bermakna seluruh organ akan dibanjiri toksin ini. Jantung akan mengepam keseluruh aliran darah. Organ yang mula-mula merasakan kesan ini adalah organ-organ yang terlibat dengan proses penyingkiran bahan kumuh seperti buah pinggang, paru-paru, sistem limfatik dan kulit selain daripada usus dan hati itu sendiri. Proses ini dinamakan autointoksifikasi.

Bahan toksin daripada sisa penapaian ini akan memusnahkan sel-sel dan mengganggu banyak struktur biokimia selular yang menjadi punca kepada kemusnahan fungsi sel-sel. Apabila sel-sel gagal berfungsi dengan baik, maka banyak simptom penyakit akan muncul menandakan seseorang itu telah diserang sesuatu penyakit kronik yang sukar untuk disembuhkan. Kebanyakan penyakit moden yang membunuh puluhan ribu rakyat Malaysia setiap tahun juga berpunca daripada masalah sembelit dan kolon tersumbat yang selalunya dipandang remeh oleh masayarakat kita.


Simptom awal keracunan badan



  • Masalah pembuangan najis, tidak lawas dan tidak selesa.
  • Mudah letih dan kurang bertenaga.
  • Seolah-olah tidak cukup tidur walaupun masa tidur mencukupi.
  • Sakit-sakit badan dan sengal-sengal sendi, bisa tulang terutama sewaktu bangun tidur.
  • Sakit kepala, loya, angin dan kembung.
  • Perut membuncit.
  • Alergi.
  • Mudah beremosi.
  • Gatal-gatal kulit terutama pada bahagian lipatan kulit dan jerawat.
Jika kita membiarkan keadaan ini berterusan, lama-kelamaan kesan keracunan ini akan mula merebak dan menjejaskan fungsi organ-organ badan. Apabila fungsi organ badan mula terganggu, maka beberapa simptom klinikal akan timbul menandakan seseorang itu telah diserang penyakit terutama penyakit usus sperti ulser, buasir, barah usus, sigmaoid, cerutan, hernia serta beberapa penyakit moden seperti barah, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, artritis dan sebagainya. 

FYBERMIX terbukti berkesan untuk mengekalkan kesihatan kolon anda.

017-3792042








No comments:

Post a Comment