Tuesday, December 10, 2013

Psyllium Husk...Serbuk Sekam Psyllium



Bahan utama dalam FYBERMIX adalah serbuk sekam psyllium. Beberapa manfaat yang amat ketara dalam serat larut air ini adalah ia membersihkan kolon sekaligus mempunyai manfaat yang banyak untuk membuang lemak dalam badan.


Serbuk sekam ini berasal daripada tumbuhan herba Plantago Ovata yang banyak tumbuh melata terutama di negara India.

Sumber: www.urvesh.com


Selain merendahkan paras lemak dalam badan, serat ini juga membantu pencernaan dengan mengelakkan sembelit dan cirit birit. Ia juga ada digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan serat ini akan mengurangkan risiko kanser kolon.

Kajian dan rekod perubatan juga menunjukkan pengambilan serat ini dapat menurunkan berat badan seseorang. Ini berlaku kerana, serat ini akan membuatkan kita berasa kenyang seterusnya kita dapat mengurangkan pengambilan makanan.

Pengambilan serat amat penting untuk melengkapkan diet harian. Tidak hairanlah Rasulullah (s.a.w) memilih roti gandum penuh sebagai makanan beliau.

Keistimewaan FYBERMIX, serat ini tidak akan memekat dan bergumpal apabila dibiarkan lama dalam air. Ini kerana, serat yang diproses adalah daripada serat yang bermutu tinggi dan amat sesuai untuk dijadikan minuman.

Dapatkan FYBERMIX di www.rinarias.com

Sumber: 
http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/psyllium

No comments:

Post a Comment