Soalan Lazim mengenai FYBERMIX


Apa itu FYBERMIX
FYBERMIX adalah suatu formula jus minuman berfiber (serat) dan berkalori rendah dan digunakan sebahai minuman untuk mengekalkan kesihatan dengan membersihkan usus dan mengurangkan paras lemak yang berlebihan dalam badan.

Apakah ramuan utama FYBERMIX
FYBERMIX mengandungi sekam halus psyllium yang bermutu tinggi, ekstrak lemon, ekstrak limau purut, biji flax, gam arabik, stem sel epal, ekstrak garcinia (asam keping), inulin dan maltodekstrin.

Benarkah FYBERMIX boleh menguruskan badan dan melansingkan pinggang?
Ya. FYBERMIX boleh membantu anda membakar lemak berlebihan dan mengawal selera makan. Seterusnya anda perlu mengamalkan corak pemakanan yang baik dan seimbang untuk menguruskan badan dan melansingkan pinggang.

Saya minum Fybermix 1 kali sehari selepas makan, tetapi mengapa berat badan saya tidak juga turun?
FYBERMIX tidak menguruskan badan anda. Ia hanya membantu anda menguruskan badan apabila anda apabila anda mengawal selera makan dan membakar lemak simpanan berlebihan. Walaupun begitu, ianya baik untuk membantu penghadaman anda dan menyihatkan tubuh badan anda.

Siapa boleh meminum FYBERMIX
Lelaki & wanita tua atau muda boleh mengambilnya.

Adakah wanita hamil boleh mengambil FYBERMIX?
Wanita hamil tidak digalakkan mengambil apa-apa supplemen tanpa mendapat nasihat ahli pemakanan atau doktor perubatan.

Bagaimana menyediakan minuman berkhasiat FYBERMIX
Masukkan 1 sachet FYBERMIX ke dalam segelas air sejuk. Kacau dan hidangkan. Anda boleh meminumnya secara terus atau perlahan-lahan sambil bersantai. Sekam halus psyllium yang bermutu tinggi tidak akan memejal dan bergentel jika dibiarkan lama.

Adakah FYBERMIX boleh diminum panas?
Tidak digalakkan kerana air panas boleh memusnahkan sesetengah khasiat pemakanan yang terdapat dalam FYBERMIX.

Saya boleh dikatakan kurus. Adakah saya boleh minum Fybermix?
Boleh! FYBERMIX boleh membantu pencernaan dan mempercekapkan proses penyerapan nutrien. Ianya boleh menaikkan berat badan anda yang kurus kerana kelicinan proses pencernaan. FYBERMIX membantu menyingkirkan lendir toksin di usus kecil (intestine) yang menghalang penyerapan nutrien daripada diet anda. Dengan pengambilan FYBERMIX boleh membantu mempercekapkan proses penyerapan nutrien tersebut.

Siapakah yang sesuai mengambil FYBERMIX

Individu Gempal : ambil FYBERMIX sebagai minuman untuk membantu mengurangkan berat badan dengan membasmi selulit, mengawal selera dan memudahkan pembakaran lemak berlebihan.

Individu Kurus : ambil FYBERMIX sebagai makanan tambahan untuk mempercekapkan proses pencernaan bagi mencapai berat badan ideal.


Individu Normal : Ambil FYBERMIX untuk mengekalkan berat badan dan membersih sistem penghadaman untuk kesihatan yang baik.

Bila masa sesuai meminum FYBERMIX
Ianya boleh diminum bila-bila masa dan di mana sahaja. Tetapi lebih baik diambil kira-kira 1 – 2 jam selepas makanan malam. Boleh juga diambil 1-2 jam selepas sarapan.

Berapa banyak perlu minum sehari?
1 sachet sudah memadai. Boleh juga diambil sehingga 2 kali bergantung kepada keperluan.

Saya mengambil FYBERMIX untuk mengurangkan berat badan. Pada permulaan saya rasa pening sedikit. Mengapa?
Setiap orang yang mulakan apa-apa perubahan diet mesti ada sedikit ketidakselesaan sementara pada peringkat awal. Ini kerana badan kita secara semulajadinya bertindakbalas semasa proses pembersihan dalam badan, Anda di nasihatkan untuk meneruskan mengambilnya kerana anda akan merasai perbezaannya.

Kadang-kadang saya berasa semakin lapar apabila mengambil FYBERMIX?
Ini menunjukkan kadar metabolisma anda meningkat. Semasa ini anda haruslah mengawal selera kerana badan anda secara automatik akan membakar lemak simpanan untuk menjana tenaga. Keadaan ini penting untuk mengurangkan berat badan.

Kenapa saya mengalami masalah sembelit apabila mengambil FYBERMIX?
Anda seharusnya minum lebih banyak air. Untuk sihat kita perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Sembelit diperingkat awal menunjukkan anda mengalami masalah kolon dimana sebelum ini anda mungkin mengalami ketidakseimbangan penyerapan balik air di kolon.

Saya pula mengalami masalah cirit birit selepas mengambil FYBERMIX.
Dr. Sir Hering dalam teori penyembuhannya menyebut, seseorang akan mengalami masalah cirit birit kerana rangsangan pergerakan (peristalsis) kolon dan ia adalah tindakan semulajadi untuk membersih sistem kolon. Lagi banyak keadaan cirit birit menunjukkan lebih serius masalah kekotoran dan toksin dalam kolon anda.

Bagaimanan menanganinya? Apa harus dilakukan?
Teruskan mengambilnya seperti biasa kerana proses ini mambantu menyingkirkan sisa lendir lemak dan protein tidak hadam serta kerak najis lapuk yang lama berkumpul dalam sistem kolon (usus besar) anda. Ia adalah satu proses pembersihan sistem badan.

Adakah kesan sampingan meminum FYBERMIX?
Tidak ada kesan sampingan kerana ianya formulasi menggunakan sumber semulajadi dan tiada bahan kimia penambah.

FYBERMIX ada sedikit rasanya manis. Adakah pesakit kencing manis boleh meminumnya?
Rasa manis dalam FYBERMIXsebahagian besarnya daripada gula jenis Fruktos. Gula fruktosa sememangnya baik untuk kesihatan. Ia mengawal paras gula glukosa bagi pesakit kencing manis. Oleh itu ianya baik untuk pesakit kencing manis dalam mengawal paras gula darah.

Adakah pesakit dalam rawatan boleh mengambil FYBERMIX?
Bagi pesakit, disamping mereka mengambil ubat-ubatan dari klinik atau hospital, minuman FYBERMIX digalakkan kerana jika sistem badan mereka bersih, kesan ubat-ubatan menjadi lebih baik kerana proses penyerapan ubat bertambah cekap.

Jika anda mengambil ubat-ubatan, pastikan anda mengambil 2-3 jam sebelum atau selepas mengambil ubat. Ini adalah untuk mengelakkan fiber dalam FYBERMIX memerangkap ubat jika diambil dalam satu masa yang sama.

Tambahan lagi ciri pembersihan FYBERMIX boleh membantu menggalakkan peningkatan imuniti dan mencegah serangan penyakit.

Mengapa FYBERMIX memberikan rasa kenyang?
Sebab adanya serat psyllium dan inulin. Kandungan ektrak limau purut juga penting dalam pengawalan paras gula darah juga menyumbangkan rasa kenyang dan selera terkawal.

Apakah kelebihan serat diet?
Serat boleh membantu memerangkap toksin, sisa lendir lemak, sisa protein tidak hadam, kerak najis dan disingkirkan bersama najis. Serat juga membantu menghalang tindakan hempedu terhadap minyak dan lemak dalam makanan dan seterusnya menghalang penyerapan ke dalam sistem darah. Dengan kata lain, ianya mengurangkan paras kolestrol dalam darah.

Sampai bila saya harus mengambil FYBERMIX

Anda boleh berhenti minum FYBERMIX dan amalkan corak pemakanan sihat, gaya hidup sihat dan senaman sentiasa untuk mengekalkan berat badan ideal anda.
Tetapi dinasihatkan supaya teruskan mengambil FYBERMIX sebagai minuman berkhasiat dan kaya dengan fiber larut air serta keunikan khasiat ramuan semulajadinya yang terbukti baik untuk kesihatan disamping mengekalkan berat badan ideal anda.