Friday, December 13, 2013

Lemon...begitu banyak manfaatnya.


Lemon mempunyai khasiat yang amat banyak. Tidak hairanlah ia boleh didapati dalam kebanyakan makanan daripada air minuman jus, teh dan kek sehinggalah digunakan untuk perapan dan masakan. Minyak lemon boleh digunakan untuk mencuci perabot dan aromanya yang menyegarkan juga sering digunakan sebagai penyegar udara, sabun dan pewangi.

Dari sudut kesihatan pula, lemon amat dikenali dengan kesan anti bakteria, anti virus dan penguat imuniti dalam badan. Ia juga banyak digunakan dalam produk penurunan berat badan kerana sifatnya yang amat bagus untuk sistem pencernaan dan membersihkan hati (detoksifikasi).

Lemon mempunyai pelbagai bahan sperti asid sitrik, kalsium, magnesium, vitamin c, bioflavonoid, pektin dan limonene yang amat berkesan untuk melawan bakteria serta meningkat sistem imuniti.

Sifat lemon adalah berasid, tetapi ia akan membentuk alkali dalam cecair badan dan ini mampu menolong badan mengekalkan keseimbangan pH.

http://consciouslifenews.com/wp-content/uploads/2013/05/013.jpg
Sumber: http://consciouslifenews.com/clean-liver-5-natural-liver-cleansing-tips/#

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak lemon boleh memberikan ketenangan dan meningkatkan daya tumpuan seseorang. Oleh itu, minyak pati lemon banyak digunakan dalam pewangi untuk tujuan kesegaran dan untuk meningkatkan aktiviti otak. Sapuan balsam lemon juga boleh melegakan otot yang kejang.

Campuran lemon dan air suam boleh digunakan untuk membantu proses pencernaan. Ia akan meningkatkan proses peristalsis dalam usus dan membolehkan bahan buangan dikeluarkan dengan lebih cepat. Ia juga boleh mengeluarkan racun serta toksin dalam badan.

Campuran lemon, air dan madu boleh melegakan demam pada kanak-kanak. Lemon juga digunakan untuk melegakan selsema pada orang dewasa juga kanak-kanak.

Kandungan asid dalam lemon juga boleh digunakan untuk melarutkan batu karang dalam pundi kencing dan sisa kalsium.

Ia juga dikatakan boleh memusnahkan cacing dalam usus besar.

Lemon adalah sebahagian daripada kandungan FYBERMIX, minuman aktif berserat.
Dapatkan FYBERMIX di www.rinarias.com


Sumber:
http://www.beliefnet.com/Health/Physical-Health/Hidden-Health-Secrets-of-Lemons.aspx
http://www.care2.com/greenliving/16-health-benefits-of-lemons.html
http://www.onegoodthingbyjillee.com/2013/02/22-health-benefits-of-lemons.html

No comments:

Post a Comment